Posted by وان احمد ترمذي | Posted in Arahan 14: Surah Al Imran 118 | Posted on 19.10.10
Arahan 14: Surah Al Imran 118
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Asbabun Nuzul Ayat
Imam Jalaludin As Sayuthi dalam kitab Asbabun Nuzul (terjemahan BM, 2004) menyatakan riwayat bahawa sebahagian daripada kaum muslimin yang mengadakan hubungan dengan segolongan Yahudi. Ini kerana zaman jahiliyah mereka itu pernah menjadi jiran tetangga. Maka turun ayat ini adalah untuk menerangkan larangan mengadakan hubungan yang rapat bagi mengelak fitnah.
Pandangan Umum Terhadap Ayat
Ini adalah ayat Al-Qur’an yang membimbing orang beriman untuk berhadapan dengan apa sahaja suasana. Bermula daripada keluarga yang wujud suasana pelbagai anutan agama sehinggalah dalam konteks pengurusan masyarakat dan negara. Berdasarkan suasana ini maka Islam adalah bersesuaian bukan sekadar agama anutan umat malahan agama yang memerintah negara. Hubungan kemanusiaan terus dikekalkan tetapi cukup berawas sehingga rahsia-rahsia penting tidak dibocorkan dan diketahui oleh musuh.
Justeru ayat ini secara umumnya menasihat orang yang beriman janganlah mengambil musuh sebagai orang kepercayaan seperti yang telah dicatatkan oleh Al-Qur’an dan Sunnah. Musuh itu tidak lain ialah Yahudi dan Nasrani. Dalam konteks Malaysia adalah suatu bencana apabila kerajaan mengambil APCO sebuah syarikat yang berasas Yahudi-Zionisme untuk melakukan nasihat kepada pemimpin negara.
Dalam potongan ayat ini Allah Taala sekali lagi melakukan bimbingan terhadap orang yang beriman. Seruan yang jelas ini adalah supaya orang yang beriman itu tidak terpesong daripada perjuangan dalam menegakkan hukum dan Agama Allah. Orang yang beriman itu adalah bakal penghuni syurga maka sudah pasti segala arahan Allah akan terus dipatuhi sehingga melayakkannya untuk memasuki syurga Allah.
Sekiranya kita membaca Al-Qur’an maka tiada ayat yang membuat seruan “Wahai orang Islam”. Justeru yang selayaknya memasuki syurga Allah hanyalah yang beriman. Orang yang beriman maka sudah pasti dia adalah Islam. Dia melaksanakan seluruh rukun Islam (bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan berhaji) dan beriman dengan seluruh rukun Iman (percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Kitab, percaya kepada Rasul, percaya kepada hari akhirat, dan percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah)
Orang yang Islam sahaja belum tentu menjadi orang yang beriman. Dia mungkin pelaksana rukun Islam yang baik. Dia bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan berhaji. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak beriman dengan rukun Iman. Dia tidak percaya terhadap hukum Qisas yang diwajibkan Allah. Hukum Qisas adalah sebahagian daripada kewajipan dalam Kitab Allah. Penolakan ini menyebabkan orang Islam tersebut menjadi kafir.
Perbincangan 2
Potongan ayat ini menunjukkan bahawa ianya adalah lam nafi. Lam jenis seperti ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dinyatakan Allah adalah tidakdibenarkan sama sekali melaksanakannya. Al-Maraghi menyatakan terjemahan makna perkataan ini ialah sekalipun jangan dilakukan.
Sama juga dengan kalimah syahadah
لآاله الآ الله
adalah dimulai dengan kalimah لآ yang juga membawa makna penafian kepada semua illah dan sembahan. Sembahan manusia hanya akan bermakna apabila menyembah Allah Yang Maha Esa. Adapun sembahan yang selain daripada Allah adalah ditolak.
Di zaman Nabi Muhammad saw mahupun sekarang kemungkinan suasana tersebut akan wujud iaitu masih terdapat adik beradik yang belum memeluk Islam. Adalah dilarang sama sekali membocorkan maklumat penting dan strategi kepada musuh Islam.
Potongan ayat ini dengan jelas melarang orang beriman mengambil teman rapat dari kalangan yang tidak suka kepada Islam. Hamka dalam tafsir Azharnya menyatakan kalimah Bithonatan adalah berasal dari akar kata batin. Beliau memaknakannya sebagai teman rapat yang dipercayai dan diceritakan segala masalah yang dihadapi. Orang yang beriman mestilah memilih orang mu’min juga sebagai teman kepercayaan mereka. Ini tidaklah menghalang orang yang beriman untuk melakukan hubungan dengan sesiapapun kerana Islam adalah agama da’wah. Sifat da’wah mestilah berkembang.
Tahap da’wah juga terdedah kepada banyak peringkat. Ada peringkat da’wah permulaan yang bersifat umum seperti memperkenalkan dasar-dasar Islam. Dalam tahap ini matlamatnya adalah untuk memahamkan sasaran da’wah dengan Islam. Sekiranya dasar-dasar ini difahami maka da’wah ditingkatkan lagi ketahap yang lebih tinggi. Nabi Muhammad saw sendiri berda’wah kepada Yahudi. Malahan yang lebih daripada itupun dilakukan oleh Nabi Muhammad saw iaitu persefahaman politik bersama Yahudi dan Nasrani untuk mempertahankan Madinah.
Dalam konteks strategi pengembangan Islam maka sudah pasti teman yang dipilih mestilah yang benar-benar beriman. Justeru da’wah Nabi Muhammad saw dibina atas kepercayaan. Beliau digelar dengan pangkat Al-Ameen. Dengan gelaran ini beliau diterima sama ada di Mekah atau Madinah.
Golongan yang membenci perkembangan Islam akan terus berusaha untuk mendatangkan kecelakaan (al-khobala). Hamka dalam tafsirnya menyatakan bahawa musuh Islam menjadikan siang dan malam mereka adalah untuk mengahancurkan Islam. Oleh kerana zaman Nabi Muhammad saw bukan zaman Islam warisan seperti kita kini, maka apabila seseorang memeluk Islam masih terdapat adik beradik yang masih bukan Islam. Ada di kalangan adik beradik tersebut yang memusuhi Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw. Maka datanglah larangan ini untuk menjaga kepentingan masa depan Islam. Larangan ini juga hendaklah dihayati dalam konteks kehidupan orang beriman masa kini.
Islam adalah relevan dengan semua keadaan dan tempat. Hubungan yang merentasi kaum dan kabilah mestilah mengikut prinsip yang telah ditetapkan Islam antaranya
-
- yang dibolehkan adalah hari perayaan yang bersifat budaya
- menjaga adab dan akhlak Islami ketika berhubungan dengan yang lain
- tidak meninggalkan kewajipan dalam Islam seperti solat
-
Perbincangan 4
- Suka menyulitkan orang yang beriman
- Kebencian itu dinyatakan mereka melalui perkataan, sindiran, penghinaan
-
Demikianlah Allah Taala membongkar sifat dan ciri mereka yang membenci Islam.Sekiranya orang yang beriman mahu melihat perkembangan Islam yang lebih baik maka teman yang dipilih oleh mereka mestilah teman yang benar-benar beriman. Teman yang tidak beriman (contoh APCO) akan terus menjadi penghalang dalam konteks perkembangan da’wah Islamiyah. Itu sebab dalam konteks pengurusan Islam pandangan orang bukan Islam siap diambil apabila terkait berkaitan dengan soal keagamaan, budaya, kehidupan, mengatasi kemiskinan dan lain-lain.
Dalam konteks pengurusan hari ini Jawatankuasa Masjid yang dipilih mestilah mereka yang benar-benar beriman. Bukan iman saduran, bukan iman celupan, bukan iman kepura-puraan. Tetapi JK Masjid yang dipilih mestilah benar-benar beriman yang gerun dan takutnya hanyalah kepada Allah Demikianlah sentuhan Allah dalam firmanNya dalam surah Al-Taubah ayat 18
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (9:18)
- Rumahtangga (suami/isteri – bukan hanya mencari rezeki tetapi mestilahmempelajariAl-Qur’an dan Sunnah),
-
-
-
-
Perbincangan 5
Begitu juga dengan lain-lain peringkat kepimpinan. Untuk terus maju pasukan pengurusan mestilah di kalangan mereka yang sangat dipercayai. Justeru Nabi Muhammad saw menunjukkan kepada kita sirah pengurusannya yang hebat. Yang dihantar Nabi Muhammad saw berda’wah di Yaman untuk berhadapan dengan Yahudi dan Ahlul Kitab ialah Muadz bin Jabal. Keilmuannya hebat, ketaqwaannya diiktitiraf Nabi Muhammad saw, Begitu juga dari sudut aspek perang satu lawan satu. Nabi Muhammad saw memilih sahabatnya yang kental berjuang seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali, Saidina Khalid Al-Walid yang memiliki keahlian dalam menghancurkan musuh. Begitu juga dengan taktik peperangan, Nabi Muhammad saw mendengar pandangan Salman Al-Farisi yang beriman dalam mengatur strategi perang Khandak. Begitu juga dalam perang Badar strategi menguasai air telah diberikan oleh seorang sahabat hingga melemahkan musuh dalam perang tersebut. Hakikat pengurusan Nabi Muhammad saw itu ialah dia di kelilingi oleh mereka yang beriman.
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi 2010